Sekarang tengah heboh tentang kenaikan kadar tarif elektrik di seluruh negara. Secara tidak langsung, kenaikan ini menyebabkan bertambah lagi kos bebanan kewangan yang perlu ditanggung oleh kita semua.
Sebagai rakyat biasa, tidak ada apa yang boleh kita lakukan untuk menurunkan kadar tarif elektrik ini kerana ia adalah di bawah kuasa syarikat yang di beri amanah oleh kerajaan. Jadi, apa yang boleh kita lakukan ialah lakukan penjimatan sendiri di rumah.
Bagaimana caranya? Anda boleh ikuti beberapa tips di bawah ini:
1. Beli barang elektrik dengan simbol “Cekap Tenaga”… Barangan elektrik dengan simbol ini serta rate 5 biasanya lebih jimat penggunaan elektriknya.
2. Padamkan lampu dan kipas jika tidak digunakan… Pastikan suis lampu dan kipas dipadamkan jika anda meninggalkan bilik, ruang tamu atau bilik air. Didik ahli keluarga anda untuk buat seperti itu juga.
3. Cabut plug dari soket jika tidak digunakan… Sebelum pergi kerja atau ada urusan keluar rumah, cabut dan tanggalkan plug dari soketnya. Sebabnya, selagi peralatan ada pada keadaan mod sedia (standby mode), ia masih menggunakan tenaga elektrik.
4. Gunakan lampu LED… Tukar mentol lampu di rumah anda kepada mentol jenis LED kerana ia lebih menjimatkan dan kurang kadar mekuri. Memang agak mahal tapi berbaloi!
5. Kurangkan penggunaan aircond… Kalau cuaca tak panas sangat, tak perlulah anda gunakan aircond. Cukup dengan kipas untuk menyejukkan badan anda.
6. Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan atau overload…Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.
7. Elakkan over dry pakaian anda… Kenapa agaknya tu? Semestinya agar ia tidak membazirkan tenaga eletrik dan mengelakkan pakaian anda mudah rosak. Contohnya, benang jahitan lebih mudah tertetas jika pakaian over dry.
8. Gunakan peti sejuk dengan bijak… Antara cara-cara menjadi pengguna peti sejuk yang bijak ialah:
- Memastikan pintu peti sejuk sentiasa tertutup rapat.
- Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranyafreezer peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.
- Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.
- Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur anda sebab jika cuaca panas, ia akan lebih menggunakan tenaga elektrik untuk menyejukkan suhu dalam peti sejuk.
- Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.
9. Gunakan saja alatan tangan biasa… Sekiranya anda ingin bertukang sama ada menggantung frame gambar atau lain-lain kerja pertukangan yang tidak mengerah tenaga yang banyak.
10. Gosok baju seminggu sekali sahaja… Kalau boleh, gosok baju untuk seminggu itu sekali sahaja. Biarlah berpanas sedikit sebab kena iron tu, asalkan jimat bil elektrik anda.
Kita tak boleh ubah negara, tapi kita boleh ubah diri kita jadi pengguna bijak!
0 Response to "Cara Menjimatkan Penggunaan Elektrik di Rumah"
Post a Comment