Rekod PTPTN Dalam CCRISS: Bagaimana Nak Padamkannya? Ikuti Tips ini

ptptn-1
Ramai lepasan graduan yang ambil mudah tentang pembayaran semula hutang PTPTN. Bagi mereka, ada benda yang lagi mustahak untuk mereka gunakan duit mereka, contohnya beli kereta model oversea, bayar ansuran Iphone 6, melancong tiap-tiap bulan dan sebagainya.
Memang tak semua begitu, tapi kebanyakannya macam itulah. Kurang kesedaran untuk melangsaikan hutang yang utama dahulu. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai kemudahan seperti pemberian diskaun, tetapi masih lagi ramai yang malas. Jalan terakhir yang dipilih ialah menyenaraikan rekod pembayaran hutang PTPTN di dalam CCRIS Bank Negara.
ptptn
Benda apa CRRIS tu? CCRIS ialah Credit Central Reference Information Systemyang akan merekodkan sebarang informasi berkaitan dengan pinjaman yang anda telah dan akan buat. Ia akan merekodkan ‘pattern’ pembayaran setiap peminjamnya selama 12 bulan.
Setiap kelewatan pembayaran PTPTN akan direkodkan dan akhirnya mendatangkan masalah kepada peminjam tegar ini untuk membuat loan lain. Ini kerana bank-bank akan melihat rekod bersih CCRIS baru loan akan dilepaskan.
Jadi kepada anda yang meminjam PTPTN, marilah ramai-ramai kita insaf dan melakukan tanggungjawab dengan melangsaikan hutang. Bagi yang sudah insaf dan ingin keluar daripada CCRIS, jangan risau pasti ada caranya.
Jom! Ikuti langkah ini untuk keluar daripada masalah besar ini:
1. Pergi ke Bank Negara yang terletak di Jalan Dato’ Onn dan cari kiosk untuk semakan CCRIS. Di sana, anda boleh cetak terus laporan CCRIS.
image1
2. Kemudian pergi ke mana-mana cawangan pembayaran PTPTN untuk buat semakan tunggakan hutang anda. Pastikan dapat penerangan yang betul dan jelas.
3. Biasanya anda diminta menyelesaikan tunggakan hutang dahulu baru boleh bayar dengan jumlah yang sepatutnya seperti yang tertulis dalam dokumen perjanjian PTPTN. Anda boleh menyelesaikan tunggakan tersebut samaada secara tunai atau pun melalui pengeluaran daripada akaun kedua KWSP.
4. Kalau anda nak bayar tunggakan pinjaman melalui akaun kedua KWSP, anda perlu semak dahulu jumlah dalam akaun tersebut, adakah cukup untuk membayar atau tidak. Anda boleh semak dan cetak dekat mana-man kiosk cetakan KWSP dekat pasaraya atau mana-mana bank yang ada kiosk tersebut.
kwsp kiosk

5. Lepas dah selesaikan masalah tunggakan, anda bincang semula dengan pegawai PTPTN itu untuk buat penstrukturan semula pembayaran dalam tempoh 6 bulan. Ia bertujuan untuk menyusun semula pembayaran pinjaman PTPN anda dan juga anda boleh minta untuk kiraan semula bagi bayaran bulanan.
Contoh, bayaran bulanan sepatutnya adalah RM170, tetapi anda mampu RM100 sahaja. Anda boleh minta pegawai PTPTN memohon untuk kiraan semula berdasarkan jumlah yang anda mampu.
6. Bayarlah mengikut jumlah dan waktu yang ditetapkan. Jadi orang yang amanah. Lagipun banyak cara untuk bayar semula pinjaman PTPTN seperti melalui:
  • kiosk Bank Islam, CIMB, Maybank dan RHB
  • pembayaran melalui online banking seperti CIMB clicks dan Maybank2u
  • Untuk tidak was-was, boleh di kaunter PTPTN yang merata di buka sekarang
new Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan resit payment Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) center
Lepas anda dah selesaikan semua langkah ini, anda boleh semak semula CCRIS anda dalam tempoh 6 hingga 12 bulan. Nampak cantik sahaja!
Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.”(At-Tirmizi)

0 Response to "Rekod PTPTN Dalam CCRISS: Bagaimana Nak Padamkannya? Ikuti Tips ini"

Post a Comment

IKLAN

f

loading...
loading...