Antara alasan 'cliche' bila seseorang individu itu sudah 'kantoi' membuat sesuatu yang tidak senonoh atau melampaui batasan adalah akaun media sosial telah digodam. Itulah juga alasan yang digunakan oleh seorang lelaki yang dikatakan menghantar mesej peribadi menerusi Instagram untuk meminta gambar payudara seorang wanita Sepanyol.
Isi perbualan tersebut telah sempat dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang mendakwa dia merupakan kawan pada wanita Sepanyol itu. Kapsyennya, "Lelaki Melayu zaman sekarang. Dia hantar ini pada kawan Sepanyol saya. Bodoh."
Dapat dilihat dalam perbualan tersebut, lelaki yang rupa-rupanya adalah seorang penyampai radio di salah sebuah stesen radio negara ini telah terang-terangan meminta gambar bersifat lucah terhadap wanita Sepanyol tersebut.
Disebabkan tweet yang memaparkan perbualan perbualan tersebut telah menjadi tular sehingga sampai ke pengetahuan penyampai radio tersebut, maka dia tampil memberikan penjelasan di laman Instagramnya sendiri.
Penjelasannnya:
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen nampaknya kurang mempercayai penjelasan yang diberikan.
"Obviously dia, dah kantoi takkanlah nak mengaku pula kan?"
Apa-apa pun jadikan kisah ini sebagai pengajaran agar kita lebih berhati-hati bila menggunakan media sosial. Mungkin dia, atau memang mungkin benar akaunnya telah digodam. Tiada siapa yang tahu. Pendapat anda bagaimana?
0 Response to "'Dah Kantoi Tak Kan Nak Mengaku Pulak Kan?' - DJ Radio Kantoi Minta Gambar Lucah Di IG"
Post a Comment