Remaja Maut Ketika Cas Telefon Guna Power Bank


SEORANG remaja lelaki tidak sempat menyambut bulan Ramadan bersama keluarganya apabila ditemui maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik telefon bimbit di Melaka.

Mangsa dikatakan sedang mengecas perantinya dengan menggunakan power bank di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru, semalam.

Mayat mangsa Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui oleh ibunya, Suriah Rahim, 48, di atas katil bilik tidurnya kira-kira pukul 8.10 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim turut mengesahkan insiden tersebut.

Menurut Kamaruddin, insiden itu disedari selepas ibunya pelik anaknya tidak membuka pintu bilik setelah diketuk berulang kali sebelum bertindak menggunakan kunci pendua.

“Selepas berjaya dibuka, mangsa ditemui dalam keadaan baring sambil mengenakan fon telinga yang disambungkan pada telefon bimbit serta dicas pada sebuah bank kuasa,” katanya seperti yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

Mayat mangsa turut mempunyai kesan kulit melecet pada bahagian bahu kirinya.

Susulan itu, mayat mangsa dibawa ke sebuah hospital untuk bedah siasat.

0 Response to "Remaja Maut Ketika Cas Telefon Guna Power Bank"

Post a Comment

IKLAN

f

loading...
loading...