(Video) Gangster Dipukul, “Baru Nak Ingat Tuhan Yer?”


BEBERAPA hari lalu, kecoh di media sosial Indonesia mengenai rakaman kumpulan samseng yang membuat onar membuli pengguna jalan raya di Jagakarsa, Indonesia Selatan.

Kumpulan yang dikenali sebagai ‘Gangster Jepang’ itu dianggotai kira-kira lebih 100 remaja lelaki dengan setiap daripada mereka dikatakan membawa senjata seperti parang dan beberapa senjata tajam.



Menerusi rakaman video berdurasi satu minit 47 saat itu, ia jelas memaparkan bagaimana kumpulan samseng tersebut bertindak menendang beberapa penunggang motosikal tanpa sebab hingga berlakunya kemalangan.


Kedua-dua pembonceng dilihat jatuh tersungkur dan salah seorang mangsa cuba berlari ke bahu jalan bagi mengelak trafik.

Bagaimanapun, mujur pihak polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) bertindak pantas menangkap samseng-samseng itu untuk dihadapkan ke muka pengadilan.





Lapor Tribunews, hampir kesemua ahli kumpulan bekenaan telah diberkas pada Selasa minggu lalu dan turut dirampas beberapa senjata tajam seperti sabit dan parang.

Tidak beberapa lama selepas penangkapan samseng-samseng tersebut, seorang pengguna Facebook berkongsi sebuah video yang memaparkan salah seorang daripada kumpulan samseng itu disebat berkali-kali oleh anggota penguatkuasa.


Jelas kedengaran suara samseng itu meminta ampun dan merayu agar tidak disebat lagi, malah turut kedengaran beberapa kali melaungkan kalimah “Allahu Akhbar” ketika menahan kesakitan akibat disebat bertubi-tubi dengan getah paip.

Walaupun segelintir netizen menganggap hukuman sebat itu terlalu kejam namun majoriti yang memberi komen menyokong tindakan anggota penguatkuasa itu. – MYNEWSHUB

0 Response to "(Video) Gangster Dipukul, “Baru Nak Ingat Tuhan Yer?”"

Post a Comment

IKLAN

f

loading...
loading...